Bidaan siri nombor pendaftaran KFC raih lebih RM2 juta

823

Siri nombor pendaftaran KFC yang tamat bidaan melalui aplikasi JPJebid pada 17 Februari lalu berjaya mengutip hasil sebanyak RM2,018,364.

nombor pendaftaran KFC

Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Abdul Rahman Emang Anyie, bidaan nombor tersebut telah dibuka pada 13 Februari dan berlangsung selama lima hari.



Menurutnya, seramai 3,118 individu telah membida nombor siri tersebut dan plat KFC 7 muncul bidaan tertinggi iaitu sebanyak RM52,000 diikuti KFC 9 sebanyak RM48,000.

“JPJebid ini menawarkan ketelusan bermula daripada transaksi pendaftaran sehingga pembayaran dibuat,” kata Abdul Rahman.

“Pembida boleh mengetahui kedudukan (ranking) secara ‘real time‘ dan tiada unsur-unsur campur tangan manusia,” tambahnya.

nombor pendaftaran KFC

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, nombor pendaftaran KFC cukup sinonim dengan jenama popular restoran makanan segera dan pasukan bola sepak Kedah.

Menurutnya, perkara itu menjadi antara faktor nombor kenderaan tersebut mendapat permintaan yang tinggi.

“Sebelum ini juga bagi nombor tender siri KFB pula berjaya mengutip hasil RM714,217 apabila dibuka atas talian pada 3 Disember hingga 7 Disember. Nombor bidaan tertingginya adalah bagi KFB 1 sebanyak RM92,222,” lanjut Abdul Rahman.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here