Replika Bugatti Chiron dari Thailand ini hanya diperbuat daripada besi buruk!

2157

Terdapat dua buah Bugatti Chiron yang sangat menarik di Thailand, walaupun kedua-duanya hanyalah replika.

Kedua-dua replika Chiron tersebut dihasilkan oleh Scrap Metal Art Thailand, yang terletak di timur Bangkok.



Scrap Metal Art Thailand merupakan ‘rumah’ kepada pelbagai koleksi seni luar biasa yang hanya diperbuat daripada besi buruk, termasuk replika Transformers yang berukuran 9 meter.

Keseluruhan koleksi unik ini dijumpai oleh satu saluran YouTube iaitu CB Media.

replika bugatti chiron

Berdasarkan video, terdapat sebuah replika Mercedes-Benz 300SL yang dihasilkan sepenuhnya menggunakan tangan dan hanya menggunakan besi buruk. Terdapat juga replika kereta lain seperti Ferrari 250 GTO yang juga dihasilkan menggunakan tangan.

Antara replika yang menarik minat saluran YouTube tersebut adalah dua buah replika Bugatti Chiron. Salah satu replika Chiron tersebut difahamkan telah dibeli oleh seseorang dari Sweden, dan mereka akan segera menghantarnya ke sana.

replika bugatti chiron

Jika diteliti, replika Chiron ini sangat lengkap termasuk ruangan dalam, dan pada ruangan enjin, walaupun ianya susah untuk dihasilkan.

Menurut saluran YouTube CB Media, Scrap Metal Art Thailand menjual replika Bugatti Chiron tersebut pada harga USD30,000 (RM121k).

replika bugatti chiron

Perlu diingat, walaupun harganya agak mahal, replika yang menarik ini sudah tentu sangat susah untuk dihasilkan dan memerlukan fokus seratus peratus sepanjang proses penghasilannya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here