Utama Berita Automotif Berita Tempatan Kanak-kanak pesakit leukemia capai impian naik MPV polis meninggal dunia

Kanak-kanak pesakit leukemia capai impian naik MPV polis meninggal dunia

1026

Pesakit leukemia tahap empat, Mohamad Ammar Dhani Mohd Azuan, 7 tahun, dari Pulau Pinang yang dibawa menaiki kereta peronda polis (MPV) pada bulan lalu meninggal dunia petang semalam.

 pesakit leukemia MPV polis

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, kanak kanak itu meninggal dunia pada jam 6 petang di rumah keluarganya di Bakar Kapor, Kepala Batas.
 
“Saya mendapat perkhabaran sedih Mohamad Ammar Dhani telah meninggal dunia petang tadi dan keluarga Allahyarham memberitahu jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Bakar Kapor, Penaga, Kepala Batas kira-kira jam 11 pagi esok,” kata Noorzainy.
 
Sebelum ini, Noorzainy menunaikan impian Mohamad Ammar Dhani untuk menaiki MPV.
Kanak-kanak itu, yang bercita-cita menjadi anggota polis dibawa bersiara-siar selama lima minit sejauh kira-kira 2km dengan MPV Honda Civic di sekitar Ibu Pejabat Polis Daerah SPU, Kepala Batas.
 
Hasrat kanak-kanak itu direalisasikan melalui Program Hasrat Dipenuhi Seikhlas Hati di Ibu Pejabat Polis SPU, Kepala Batas, Pulau Pinang.
 
Mohamad Ammar Dhani anak sulung daripada empat beradik dikesan menghidap leukemia sejak berusia dua tahun.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here