PDRM terima 425 unit kereta peronda Honda Civic 1.8S baharu

7211

Polis Di Raja Malaysia (PDRM) hari ini menerima 425 unit Honda Civic 1.8S baharu dari Honda Malaysia untuk kegunaan rondaan dan penguatkuasaan.

Toichi Ishiyama, CEO dan Pengarah Urusan Honda Malaysia berkata: “Kami bersyukur dengan perkhidmatan dan pengorbanan oleh pasukan PDRM beberapa bulan kebelakangan ini.



“Kita berdiri “Together As One” dengan seluruh rakyat Malaysia dan mahu memainkan peranan kami sebagai pengeluar automotif dengan menyumbang kepada negara.

“Kami sebelum ini terpaksa menangguhkan majlis penyerahan Honda Civic baharu ini kepada PDRM. Kami amat berbesar hati kerana dapat kembali dengan penyerahan kenderaan peronda ini yang akan membantu pasukan polis kita menjalankan tugas,” kata Ishiyama semasa majlis penyerahan itu hari ini.

Dia menambah, “Kami gembira kerana PDRM telah memilih model segmen-C paling laris ini untuk membantu mereka dalam tugas seharian, penguatkuasaan serta pentadbiran untuk negara.”

Honda Civic pasukan PDRM dipacu oleh enjin 1.8-liter i-VTEC yang menghasilkan 141hp dan 174Nm tork. Enjin ini dipadankan dengan transmisi CVT Earth Dreams yang menyalurkan kuasa ke roda depan.

Civic ini merupakan versi terkini yang dilengkapi dengan bampar depan baharu, rim 16-inci rekaan baharu, dan penggilap cermin depan automatik.

Civic juga telah menerima penarafan 5-bintang oleh ASEAN NCAP, dengan ciri keselamatan seperti 6 beg udara, Vehicle Stability Assist (VSA) dengan Agile Handle Assist (AHA), Hill Start Assist (HSA), Emergency Stop Signal (ESS), ABS, Brak Assist, dan Auto Brake Hold (ABH).  

Sumber video: WhatsApp

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here