KPDNHEP cadang daftar pengusaha bengkel kenderaan untuk tingkat mutu perkhidmatan

2122

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang dalam perancangan untuk mendaftarkan pengusaha bengkel membaik pulih kenderaan di seluruh negara dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan industri itu kepada pengguna.

Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat di kementeriannya semalam.



Katanya, sudah sampai masanya industri bengkel mempunyai satu piawaian standard termasuk dari segi perkhidmatan mahu pun kebersihan.

“Kita menerima banyak aduan mengenai industri bengkel. Jadi kita bercadang untuk mendaftarkan mereka agar kita mempunyai data berkaitan pemain industri.

KPDNHEP pengusaha bengkel

“Menerusi cara itu, kita dapat mengenal pasti sebarang masalah yang berlaku termasuk isu tuntutan, pembaikan dan barang ganti,” tambah Rasol.

Rosol berkata, dengan adanya data itu, kementeriannya dapat memastikan pengusaha bengkel menjaga kebersihan premis serta tidak membuang minyak terpakai sesuka hati.

Katanya, ia secara tidak langsung akan meningkatkan standard perkhidmatan bengkel di negara ini dan memberi manfaat kepada pengguna serta pengusaha.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here