Mansory F8XX, Ferrari F8 Tributo yang ditala sehingga 880hp

2704

Mansory telah menjadi penala bagi banyak jenis kenderaan premium, dan baru-baru ini mereka telah memperkenalkan Ferrari F8 Tributo dan diberi nama sebagai F8XX.

F8XX

Seperti banyak talaan Mansory yang lain, supercar berenjin tengah ini disertakan dengan warna yang unik dan beberapa komponen aerodinamik yang baharu. Warna tersebut ialah Catania Green, yang digabungkan dengan stripe berwarna emas.



Selain itu, jentera ini juga menerima rim berwarna emas bersaiz 21-inci di hadapan dan 22-inci di belakang.

F8XX

Mansory melengkapkan lagi penampilan F8 Tributo ini dengan bampar depan forged, sirip, skirt sisi, cermin sisi, dan ruang kemasukan udara yang semuanya dari dengan gentian karbon.

F8XX

Untuk bahagian belakang, jentera ini menampilkan lip spoiler dan dua sayap kecil yang sama seperti Ferrari FXX K yang digunakan khas di litar sahaja. Bampar bespoke dan diffuser turut disediakan, dan posisi tip ekzos juga dialihkan.

Ruangan dalam F8XX pula menampilkan warna kulit beige baharu, dan digabungkan dengan kemasan putih.

F8XX

Talaan Mansory juga melibatkan bahagian enjin, dimana unit V8 3.9-liter twin-turbo jentera ini kini mampu menghasilkan sehingga 880hp dan 980Nm tork, berbanding spesifikasi asal iaitu 720hp dan 770Nm tork.

F8XX

Menurut Mansory, F8XX mampu memecut dari 0-100km/j hanya dalam masa 2.6 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimumnya pada 354km/j.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here