Kotak gear Porsche 550 Spyder milik mendiang James Dean dilelong, harga RM1.5 juta!

167

Barang seseorang yang popular jika dilelong sudah tentu dibida pada harga yang tinggi, seperti kotak gear Porsche 550 Spyder milik mendiang James Dean ini.

Kotak gear manual 4-kelajuan pada kereta milik legenda Hollywood itu dilelong di Bring a Trailer dengan harga USD382,000 (RM1.5 juta), dan ini bermakna harga tersebut lebih mahal dari sebuah Porsche 911 Speedster.

Untuk makluman, Porsche 550 Spyder merupakan kereta yang dipandu oleh James Dean ketika dia terlibat dalam kemalangan yang menyebabkannya meninggal dunia pada 30 September 1955.

kotak gear james dean

Ketika itu, dia dalam perjalanan ke suatu acara perlumbaan kuda di California, Amerika Syarikat. 550 Spyder milik James Dean bertembung dengan sebuah Ford Tutor dan dia meninggal dunia di lokasi kejadian.

Berdasarkan maklumat dari syarikat lelong, kotak gear ini tercabut dari 550 Spyder milik James Dean selepas berlaku kemalangan yang mengerikan itu. Komponen ini kemudian disimpan selama beberapa dekad sebelum menemui pemilik baharu pada bulan Mac 2020.

Kemalangan itu mengakibatkan 550 Spyder milik legenda Hollywood itu hancur, dan kotak gear ini merupakan satu-satunya komponen yang tinggal.

Ia diukir dengan nombor siri Volkswagen, yang bermaksud merupakan bukti bahawa ianya kepunyaan Porsche 550 Spyder yang dipandu James Dean ketika kemalangan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here