Terkejut kos parkir motosikal berjumlah RM3k!

2308

Kadar sesebuah lot parkir berbayar bergantung kepada berapa lama sesebuah kenderaan diparkir di kawasan tersebut. Semakin lama kenderaan itu diparkir, semakan meningkat kos yang perlu dibayar untuk lot parkir.

gambar hiasan

Baru-baru ini, tular kisah seorang lelaki di Indonesia yang perlu membayar kadar parkir Honda Vario miliknya sebanyak Rp10.5 juta (RM3k), setelah motosikal itu diparkir selama tiga tahun di lot parkir berbayar.

parkir tiga tahun



Kisah ini dikongsi lelaki tersebut iaitu Reza Arap melalui satu video, dan telah dimuat naik oleh laman Instagram receh.id.

Video tersebut memaparkan keadaan motosikalnya yang dilitupi habuk berserta sarang labah-labah kerana sudah ditinggalkan dalam tempoh yang sangat lama. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Receh (@receh.id)

Reza yang juga merupakan seorang YouTuber kemudian terkejut dan ketawa apabila mendapati kadar bayaran parkir untuk Honda Vario miliknya itu mencecah Rp10.5 juta (RM3k).

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 129k tontonan, 18k likes dan pelbagai komen dari warganet yang rata-rata terhibur dengan reaksi Reza.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here