Apple lantik bekas eksekutif BMW untuk fokus penghasilan EV

996

Apple baru-baru ini melantik bekas eksekutif EV BMW, Ulrich Kranz untuk membantu mereka memasuki pasaran kenderaan elektrik.

ev apple

Sebelum ini, Ulrich Kranz yang merupakan CEO pembangunan kenderaan autonomi, Canoo telah bekerja untuk BMW selama 30 tahun, dan telah terlibat dalam proses penghasilan model i3 dan i8.



Kranz keluar dari BMW pada tahun 2016, dan menjadi ketua pegawai teknologi di Faraday Future selama tiga bulan, sebelum meninggalkan syarikat itu untuk bersama Canoo.

Dalam industri automotif, Kranz dianggap merupakan antara individu yang pakar, dan tindakan Apple untuk bekerjasama dengannya merupakan satu langkah yang baik.

Menurut Bloomberg, Apple dikatakan bertekad untuk menghasilkan kereta elektrik autonomi bagi memberi saingan kepada Tesla dan pengeluar yang lain.

Untuk makluman, Apple telah menjadi antara syarikat paling berharga di dunia, dengan permodalan pasaran lebih dari USD3 trilion (RM12.3 trilion), melalui jualan iPhone, iPad, Apple Watch, MacBook, dan pelbagai perkhidmatan. 

ev apple

Mereka pernah menghasilkan EV pada tahun 2014, tetapi projek itu dihentikan pada tahun 2016 kerana memberi tumpuan terhadap platform autonomi.

Sebelum ini, Apple juga pernah merekrut beberapa eksekutif Tesla untuk terlibat dengan kejuruteraan drivetrain, autonomi, bahagian dalaman dan bahagian luaran.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here