Tambang feri bot laju Pulau Pinang percuma mulai 1 Julai hingga 31 Disember

1395

Perkhidmatan feri bot laju yang menghubungkan bahagian pulau dan tanah besar di Pulau Pinang akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia, bermula 1 Julai hingga 31 Disember depan.

Inisiatif tersebut merupakan usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam serta meringankan beban rakyat ketika dibelenggu pandemik Covid-19.



Semua penumpang pejalan kaki berstatus warganegara Malaysia, termasuk warga emas, orang dewasa, kanak-kanak dan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) layak untuk menikmati perkhidmatan ini.

feri bot laju

Tawaran itu ialah susulan kepada perkhidmatan pas perjalanan My30 yang telah dilancarkan pada 1 Mac lalu, dimana kerajaan negeri turut membiayai perkhidmatan bas awam milik Rapid Penang secara percuma kepada semua penumpang yang melanggan pas tersebut.

Penumpang hanya perlu membawa MyKad/Kad Pengenalan sahaja dan perlu menyentuhnya di peranti pengimbas MyKad yang disediakan oleh pihak Penang Port Sdn. Bhd (PPSB) sebelum menaiki feri.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here