Daihatsu mahu tambah 10 model baharu di Asia Tenggara menjelang 2025

1468

Daihatsu Motor sedang menambahkan usaha penghasilan kenderaan yang sesuai dengan kehendak pasaran Asia Tenggara, bermula di Malaysia dan Indonesia. Mereka akan mengadaptasi kaedah produksi yang pantas serta kos-rendah.

Menurut Nikkei Asia, pasaran baharu amat penting kepada syarikat tersebut. Pada Mac lalu, Daihatsu melancarkan versi tempatan pertama, iaitu Rocky (Perodua Ativa) ke pasaran Malaysia.



Meskipun ia boleh dikatakan hampir sama dengan model dari Jepun, namun versi Malaysia telah menerima sentuhan khas yang menjadikan sesuai dengan selera pengguna tempatan.

Timbalan ketua pegawai bahagian penyelidikan dan pembangunan Daihatsu, Nobuhiko Ono berkata, di Malaysia mempunyai banyak lebuh raya dan kereta sering dipandu pada kelajuan tinggi. Jadi, pihaknya harus memikirkan cara untuk menangani perkara tersebut.

Menurut kajian, pemandu tempatan mahu ‘brek yang lebih ketat’, kerana difahamkan mereka ‘merasa kurang selamat’ sekiranya ia ‘bertindak balas dengan lembut’ semasa injak ditekan.

Di Malaysia juga sering kali berlaku kejadian samun ketika di parkir dan SUV ini membolehkan mereka yang berada di tempat duduk penumpang untuk mengunci pintu semasa pemandu keluar atau dalam keadaan bahaya.

Bagi versi Rocky di Indonesia, Daihatsu turut mengguna pakai tinjauan pasaran dan rutin pengeluaran percubaan yang sama seperti di Malaysia.

Model yang dibangunkan untuk pasaran Indonesia direka untuk berfungsi dengan baik walaupun di permukaan jalan raya yang kasar kerana banyak jalan di negara itu masih belum berturap.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here