JPJ Kelantan lelong online 75 kenderaan serendah RM120, 11 Julai ini

6386

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan akan mengadakan acara lelongan umum membabitkan 75 buah kenderaan termasuk 16 buah motosikal pada harga serendah RM120 sehingga RM11,800.

Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata tawaran sebut harga akan dijalankan secara atas talian bermula 11 hingga 18 Julai ini dan pembeli tidak perlu hadir ke pejabat JPJ Kelantan. 

Antara kenderaan yang bakal dilelong ialah Toyota Wish, Honda Odyssey, Honda Jazz, Protan Saga, Proton Iswara, Datsun Sunny 130Y, Honda C100, Modenas Jaguh, Yamaha 135LC, Suzuki FD110KS dan Yamaha Lagenda 115ZRI.



Nilai deposit sebut harga adalah lima peratus daripada harga tawaran dalam bentuk bank draf dan kiriman wang  atas nama Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia. Borang sebut harga boleh dimuat turun menerusi Facebook JPJ Kelantan.

Hantaran yang dimuatnaik pada akaun Facebook JPJ Kelantan juga menjelaskan semua lot yang dijual dalam keadaan ‘seadanya’ dan pelanggan perlu melihat dahulu kenderaan sebelum melakukan sebut harga.

Pihak JPJ Kelantan turut menyertakan pautan gambar dan senarai kenderaan sita yang bakal dilelong bersama catatan kerosakan seperti defek pada bampar depan, ketiadaan radio dan kunci, cat lusuh, enjin tidak dapat dihidupkan dan lain-lain. 

Jika anda berminat boleh hubungi Unit Pengurusan Sita JPJ Kelantan menerusi talian 09-766 6905 atau 09-766 6117 atau layari Facebook JPJ Negeri Kelantan. 

BACA>>Nissan Skyline GT-R R34 V-Spec II Nur (2002) cari pemilik pertama, harga lelong bermula RM1.8 juta saja

BACA>>JPJ Pahang raih RM1.2 juta dari lelongan awam kenderaan sita

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here