Jentera F1 Lewis Hamilton, McLaren MP4-25A dijual pada harga RM27.9 juta!

384

McLaren MP4-25A ini pernah muncul juara Grand Prix Turki (2010) bersama Lewis Hamilton dan kini jentera Formula Satu (F1) itu dijual pada acara lelongan khas, GP Britain baru-baru ini.

Jualan berkenaan merupakan pertama kali melibatkan sebuah jentera F1 yang dipandu oleh Lewis Hamilton untuk jualan awam. Jentera dengan nombor casis 01 tersebut juga pernah mendapat tempat kedua di GP China (2010).

Selain itu, ianya juga pernah dipandu oleh Jenson Button ketika dia memperoleh kedudukan ketiga pada perlumbaan akhir musim di Abu Dhabi.

Harga jualan USD6.6 juta (RM27.9 juta) menjadikan model itu sebagai jentera F1 kedua termahal pernah dijual di acara lelong. Sebelum ini, Ferrari F2001 yang dipandu Michael Schumacher pada 2001 dijual pada harga USD7.5 juta (RM 31.7 juta) pada 2017.

“Sukar untuk mendapat peluang jualan jentera F1 kepada umum, dan dari mula kami tahu ini peluang yang sukar diulang kembali,” kata Ketua Jualan dan Pakar Kereta RM Sotheby,  Shelby Myers.

“RM Sotheby’s amat bertuah dapat bekerjasama dengan F1 untuk mengendalikan acara bersejarah ini.

“Kami juga turut lega jentera yang hebat ini sudah pun menemukan rumah baharu, dan berharap dapat menyaksikan aksinya di litar dalam masa terdekat,” tambahnya.

 
GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here