Tempah X70 Edisi Khas pada harga RM99, ini 5 pembaharuan yang ditawarkan Proton

2055

Proton memperkenalkan pilihan tambahan X70 bagi kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C terlaris di Malaysia.

Proton X70 Edisi Khas (2021) dijual pada harga RM123,800 (tidak termasuk insurans) sehingga 31 Disember ini (tertakluk ketersediaan stok) dan menerima insentif cukai jualan PEMERKASA+ bernilai RM7,000.

Proton X70 Edisi Khas hanya dikeluarkan sebanyak 2,000 unit yang mana dilengkapi dengan beberapa pembaharuan iaitu:



  • Warna badan Ocean Blue dan Ruby Red 
  • Kemasan warna hitam pada bahagian bumbung, spoiler dan bingkai cermin sisi
  • Rekaan baharu rim sport bersaiz 19-inci 
  • Sisipan lencana SE eksklusif pada bonet belakang
  • Kemasan hitam pada kerusi kulit Nappa, pelapik kaki khas SE dan kemasan hiasan dalaman

Secara mekanikal, Proton X70 Edisi Khas memiliki spesifikasi sama dengan varian Premium 2WD yang menggunakan enjin 1.8L TGDi dan transmisi dwi-klac 7-kelajuan. 

Ia juga dilengkapi dengan Sistem Penulenan Udara Pintar Proton (P-IAPS) yang menggabungkan kebaikan Penapis Kabin N95 dan sistem pembersihan udara.

SUV tersebut juga dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) di samping 
enam beg udara, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) dan Kamera 360.

Kini SUV berkenaan boleh ditempah secara dalam talian dari harga serendah RM99. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.proton.com.

 

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here