Ronaldo tayang G-Wagen hadiah hari jadi, hanya ada 10 unit dalam dunia

7991

Siapa tidak kenal bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo yang merupakan salah satu pemain yang menerima bayaran tertinggi.

Baru baru ini, Ronaldo berkongsi sekeping gambar bersama satu lagi koleksi kereta baharunya iaitu Brabus Mercedes-AMG G63 (2020) di laman Instagram. 

Mercedes-AMG G63 2020
Cristiano Ronaldo bergambar bersama kereta Mercedes-AMG G63 2020 miliknya.

Di fahamkan SUV mewah tersebut merupakan hadiah ulang tahun ke-35 Ronaldo daripada isterinya Georgina Rodriguez. Bahkan G63 berkenaan hanya ada 10 unit sahaja di seluruh dunia dan salah satunya milik Ronaldo. 



Menurut The Sun, harga SUV mewah milik Ronaldo itu mencecah USD600,000 (RM2.5 juta).

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Georgina Rodríguez (@georginagio)

Brabus Mercedes-AMG G63 itu didatangkan dengan enjin V12 twin-turbo 6.3L yang menghasilkan kuasa 888hp dan tork 1500Nm. Berbanding versi standard menggunakan  enjin V8 twin turbo 4.0L dengan menghasilkan tenaga 577hp dan tork 627Nm.

Pecutan dari 0-100 kmj mampu dilakukan dalam tempoh 4.1 saat. G-Wagen milik Ronaldo itu bukan saja menerima naik taraf pada bahagian enjin, tetapi juga bahagian luaran dan kabin. 

Model G-Class itu menerima kit badan baharu merangkumi lencana dan bampar baharu, lampu bumbung LED, bonet gentian karbon dengan scoop, spoiler belakang, kaliper brek dan satu set rim aloi Monoblock Platinum Edition 23-inci. 

Ronaldo memiliki sebaris kenderaan mewah dan minatnya dengan kereta eksotik bermula daripada Bugatti, Rolls-Royce, Maserati, Lamborghini, Ferrari dan lain-lain. 

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here