[Video] Modifikasi motor saiz lori, macam mana nak ambil selekoh tu…

5163

Setiap proses modifikasi itu punya jalan ceritanya sendiri dan bergantung kepada selera pemilik.

Bahkan ada saja idea kreatif dalam kalangan kaki modifikasi untuk tampil berbeza. Namun, satu video yang tular di negara jiran ini mungkin mengubah persepsi anda bahkan geleng kepala.



Menerusi video yang dimuatnaik oleh akaun Instagram @jakarta.keras itu menunjukkan perubahan badan yang anti arus perdana.

Saiz motor itu juga tidak sama dengan model yang ada di jalan raya seolah kembali semula ke zaman purba. Sekiranya zaman dahulu sudah ada teknologi seperti sekarang mungkin ini salah satu tunggangan manusia zaman batu. 

Dimensi motor yang cukup besar membuatkan penunggang seperti orang kerdil. Jarak antara roda dan penunggang juga sangat jauh, sehingga hendal motor dibuat panjang ke belakang.

Sementara bagi menyokong saiz yang besar itu bengkel berkenaan menggunakan dua roda di belakang. Jadi penunggang tidak perlu menahan beban motor ketika berhenti.

Tayar juga lebih lebar seperti saiz tayar kereta. Jarak antara roda depan dan belakang dianggarkan lebih daripada dua meter. 

Sementara, enjin diletakkan di bawah tangki minyak manakala kuasa disalurkan ke roda belakang melalui transmisi dan gandar seperti yang digunakan kenderaan roda empat. 

Tidak diketahui spesifikasi enjin yang digunakan, cuma penampilannya mirip sebuah kereta yang lengkap dengan kipas radiator di bahagian depan. 

Deruman enjin motor yang garang mengingatkan kita kepada jenama Harley Davidson. Kami tertanya bagaimana penunggang ingin mengambil selekoh mahupun membuat pusingan U nanti mengambilkira saiz badan yang besar dan panjang.

 
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by JAKARTA KERAS (@jakarta.keras)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here