Volkswagen ID.5 GTX bakal debut 7 September depan

1401

Volkswagen mendedahkan gambar kereta elektrik ID.5 GTX menjelang debut perdananya pada 7 September depan di IAA Munich Motor Show, Jerman. 

Volkswagen ID.5 GTX merupakan kereta eletrik kedua menggunakan platform Modular Electric Drive Matrix (MEB) sepertimana ID.4. Di samping itu, ia menggunakan dual motor dan trenkuasa pacuan semua roda. 



SUV itu akan digerakkan oleh dua motor elektrik yang terletak di bahagian gandar depan dan belakang yang mampu mencapai kuasa sehingga 518hp.

Penggunaan bateri litium-ion yang besar menawarkan jarak perjalanan yang jauh sehingga 497km berbanding ID.4 GTX hanya 480km.

Secara visual, ID.5 GTX tidak kelihatan jauh berbeza dengan ID.4 GTX. Namun, bahagian belakang ID.5 GTX memiliki garisan mendatar yang menampakkan kereta lebih lebar dan lampu belakang LED dengan reka bentuk 3D.

Volkswagen menyatakan kehadiran ID.5 akan meningkatkan 70 peratus jualan kereta eletrik pada tahun 2030 dan menyasarkan penggunaan enjin bebas karbon menjelang 2050.

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here