Ducati Malaysia perkenal Scrambler Nightshift, harga RM65k

1286

Ducati Malaysia memperkenalkan pilihan varian baharu Scrambler Nightshift ke pasaran tempatan.

Motosikal itu didatangkan dengan pilihan warna Aviator Grey (kelabu) yang dijual pada harga RM65,900 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).

Scrambler Nightshift dijana oleh enjin 803cc L-Twin 4-lejang 2-injap dwi-silinder yang menghasilkan kuasa 73hp @ 8,250rpm dan tork 66.2Nm @ 5,750rpm.



Penggayaan cafe racer diserlahkan menerusi pemasangan pelana landai, tangki minyak dengan panel sisi aluminium boleh tanggal dan pemegang nombor plat sisi.

Ciri khas Nightshift dibezakan dengan pemasangan profil bar hendal aluminium rendah, pelana kembar, madgad sport, logo khas, cermin sisi gaya cafe racer dan lampu indikator LED Ducati Performance.

Kemudian disempurnakan dengan rim jejari Nightshift 18 inci di depan dan 17 inci belakang. Pencahayaan LED didatangkan pada lampu depan bulat, signal dan lampu belakang.

Ducati juga menawarkan lampu nyala siang (DRL) dengan perumah aluminium boleh tukar. Paparan panel meter LCD memaparkan maklumat tunggangan misalnya indikator gear, baki minyak, meter kelajuan dan lain-lain. 

Ruang simpanan bawah pelana didatangkan dengan soket USB untuk memudahkan pengguna mengecas telefon pintar. 

Keselesaan tunggangan diserahkan kepada sistem suspensi fork terbalik (USD) Kayaba 41mm pada bahagian depan dan monoshock Kayaba dengan ciri boleh laras prabeban di belakang.

Kecekapan membrek pula Ducati memilih unit brek cakera tunggal 330mm dengan kaliper 4-piston (depan) dan cakera tunggal 245mm dengan kaliper piston tunggal (belakang). Sistem Brek Anti-Kunci Selekoh didatangkan standard.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here