[Video] Model konsep Proton Saga Knight sentuhan mantan pereka Proton

6972

Mantan pereka Proton yang kini memegang jawatan sebagai Ketua Rekaan Industri di MIMOS, Saharudin Busri berkongsi hasil lakaran digital model lama Proton yang diberi nafas baharu.

Menerusi video yang dimuatnaik di akaun Youtube Saharudin Design itu menunjukkan model konsep Proton Saga Aeroback Knight yang lebih moden dan futuristik berbanding versi terdahulu yang berkotak.

Difahamkan rekaan 3D versi akhir hanya akan didedahkan pada hari Kemerdekaan nanti. Saharudin memilih model Saga kerana statusnya yang ikonik dan menjadi kebanggaan negara sejak awal kemunculannya. 



Versi Saga Knight aeroback itu menampilkan fascia depan yang lebih bersudut dengan padanan lampu nyala siang (DRL) LED lebih lebar yang ditarik sepanjang bampar. Kemudian lampu utama dilengkapi dengan enam kiub LED masa kini. 

Cuma lencana Proton lama dikekalkan. Kemasan dan warna grafik Knight masih lagi dipertahankan yang diletakkan di bahagian sisi belakang dan pintu depan.

Penggunaan rim aloi acah turbin dengan kemasan merah memberikan profil tayar lebih rendah. Bahagian belakang pula menampilkan lampu LED panjang seperti mana model masa kini.

Menurut portal automotif Paultan, rekaan kabin mengambil ilham daripada jam Artwist. Perincian kemasan hitam dan merah merupakan inspirasi daripada jam edisi terhad jenama tempatan itu yang direka untuk kumpulan Wings.

Ilham itu akan diterapkan untuk rekaan dalaman Proton Saga Knight Concept. Saharudin memilih Artwist kerana pemilik syarikat merupakan individu yang rapat dengan nya ketika bertugas di Proton sebelum ini. 

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here