Google Maps bakal pamer harga tol bermula minggu ini

765

Google Maps bakal menambah maklumat baharu harga tol pada aplikasinya bermula minggu ini. Walaupun pesaingnya Waze sudah terlebih dahulu menawarkan ciri tambahan berkenaan tiada istilah terlewat. 

Menurut laporan Android Police, pengguna berpeluang menyemak harga anggaran tol melalui carian destinasi tujuan. 



Notifikasi pemberitahuan ciri berkenaan akan ditawarkan kepada peserta Google Maps previu minggu ini.

Tawaran fungsi tersebut akan memberikan lebih banyak fleksibiliti dan altenatif buat pengguna bagi membandingkan harga tol mengikut pilihan laluan yang berbeza.

Selain itu, pengguna juga boleh merancang awal bajet penggunaan tol dan menambah bilai kad TnG mereka sekiranya tidak memiliki baki yang cukup. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here