[Video] Penumpang dan penunggang bertumbuk atas motor, gurau manja atau gaduh betul?

2740

Baru-baru ini tular satu rakaman video papan pemuka (dashcam) menunjukkan penumpang motosikal tiba-tiba menumbuk penunggang di depannya ketika sedang bergerak di satu simpang empat.

Tangkap layar pergaduhan yang berlaku di sebuah simpang empat baru-baru ini.

Difahamkan kejadian itu berlaku di pinggiran Batu Caves. Akibat tindakan penumpang itu mereka hampir terbabas sehinggakan rider terpaksa menghentikan motosikal di tengah jalan.

Video berdurasi 20 saat itu menunjukkan lelaki tersebut membuka helmet penunggang dan  meneruskan pergaduhan. 



Bagaimanapun tidak lama kemudian mereka meneruskan perjalanan. Kejadian itu membuatkan pengguna jalan raya lain cemas namun tidak diketahui punca kejadian.

Rata rata netizen meninggalkan pelbagai komen dan teori pada video tersebut.

“Berkemungkinan rakan penunggang itu cuba membunuh lipas, lipan atau labah-labah di dalam helmetnya.”

“Atau kawan di depan baru bagitau, aku tak cucuk vaksin lagi tapi aku uji tadi keputusan positif, mana tak marah kawan tu.”

“Lain kali berhentilah dulu, lepas itu barulah gaduh. Jangan menghalang trafik kalau betul nak bertumbuk.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here