[Video] Penunggang motor gaduh dengan teman wanita di bahu jalan, datang seorang lelaki jadi ‘hero’

2712

Sebuah video tular di media sosial apabila seorang lelaki menjadi hero menyelamatkan seorang wanita yang dipercayai dikasari teman lelakinya di bahu jalan.

Video berdurasi 15 saat yang dimuat naik pengguna TikTok @jaynazz88 itu meraih lebih daripada 2.7 juta tontonan dan 226 ribu tanda suka (ketika artikel ini ditulis). 



Menerusi video yang dikongsi dapat dilihat lelaki berbaju hitam itu memarahi penunggang motosikal tersebut yang dipercayai adalah teman lelaki wanita itu.

Lelaki tersebut menyatakan bukan mahu menjadi ‘hero’ tetapi menganggap rasa tanggungjawab selepas melihat lelaki berkenaan mengasari teman wanitanya sehingga gadis itu menjerit-jerit di tepi jalan.

Rata rata netizen memuji tindakan lelaki tersebut yang menghalang daripada wanita itu terus dikasari teman lelakinya sebelum keadaan bertukar lebih parah. Bagaimanapun waktu dan tempat kejadian tidak ketahui.

@jaynaz88

Bukan rekaan , kejadian sebenar 🥺 tq tms record tanpa sgaja #fypシ #foryoupage #foryoupageofficiall #tiktokmlaysia #tiktokindonesia #malaysiabangkit

♬ suara asli – Ziell Ferdian – Ziell Ferdian

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here