Supercar rare 90-an, McLaren F1 dibida lebih RM20 juta daripada harga asal

1329

Model ini buat mereka yang ingin mengembalikan semula nostalgia supercar 1990-an khususnya keluaran British, jadi tidak perlu melihat jauh. 

Anda boleh mempertimbangkan McLaren F1 kerana ia tidak pernah didaftarkan bahkan odometernya hanya 391km.



Ini kerana hampir seluruh hayat McLaren F1 disimpan terasing bersama barisan koleksi Jepun sebelum dijual kepada seorang pemilik di Amerika Syarikat.

Bahkan, ia masih menggunakan tayar Goodyear Eagle F1 dengan kod tarikh dan kemasan warna badan asli iaitu Creighton Brown. 

McLaren F1 dengan nombor casis 029 itu dilelong pada jualan Gooding & Company yang kebetulan masa sama berlangsungnya  Monterey Car Week (2021) di California. 

Sayangnya model tersebut sudahpun dijual pada harga AS20 juta (RM83 juta) iaitu lebih AS5 juta (RM20 juta) berbanding harga anggaran. 

Hampir 30 tahun sejak diperkenalkan, F1 kekal menjadi ikon hasil rekaan yang inovatif misalnya posisi pemanduan tengah, badan gentian karbon yang mana pada ketika itu perkara baharu dan ruangan enjin dengan kemasan emas.

McLaren F1 dikeluarkan pada 1992 hingga 1998 dan supercar itu menggunakan enjin BMW S70/2 V12 dengan kuasa 618hp dan tork 650Nm bersama transmisi 6-kelajuan manual. 

Insan yang bertanggungjawab menghasilkan supercar berkenaan adalah Gordon Murray dan kemudian disertai Peter Steven untuk bahagian rekaan luaran dan dalaman.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here