45 kereta model awal Proton Saga berkonvoi kembalikan nostalgia

1228

Baru baru ini, 100 ahli Kelab Saga 69 menyertai konvoi melibatkan 45 kereta model awal Proton Saga yang berkonvoi sejauh 100 kilometer (km) dari Bukit Kapar, Klang menuju Putrajaya dan kembali ke Bukit Kapar.

Sempena sambutan Hari Malaysia kereta-kereta tersebut dihiasi dengan Jalur Gemilang yang berkibar megah di jalan raya dan ternyata mengembalikan nostalgia sejak pertama kali Proton Saga dikeluarkan pada 9 Julai 1985.



Selain daripada untuk menunjukkan semangat patriotik di hari bersejarah itu, konvoi ini juga bertujuan untuk mempamerkan koleksi model Proton Saga lama yang menjadi kebanggaan ahli-ahli kelab kepada generasi muda.

Orang ramai yang turut teruja dengan acara konvoi kereta lama tersebut, ada yang turut mengambil peluang untuk bergambar di hadapan deretan kereta di hadapan Bangunan Perdana Putra. 

Pada masa yang sama, kelab tersebut juga memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan Majlis Keselamatan Negara dipatuhi oleh semua ahli kelab sepanjang perjalanan ini.

“Rakyat Malaysia perlu merasa bangga kerana kereta nasional pertama ini masih dijaga dengan baik oleh peminatnya walaupun perlu mengeluarkan belanja yang agak besar untuk tujuan baik pulih dan modifikasi.

“Walaupun harga pasaran Proton Saga terpakai sekitar RM500 ke RM800 sebuah, namun kos sekitar RM20,000 diperlukan untuk memastikan kereta itu berfungsi dengan baik dan selamat.

“Kelab menyediakan makanan dan minuman untuk ahli dan mereka hanya boleh makan di dalam kereta masing-masing kerana kita tidak mahu mereka berkumpul sambil makan, sekali gus akan menyebabkan pelanggaran SOP,” kata Pengerusi Kelab Saga 69, Ramlan.

Walaupun kereta lama, namun tidak mendatangkan sebarang masalah sepanjang perjalanan mereka, malah kelab tersebut turut mempunyai perancangan untuk berkonvoi ke Johor sekiranya kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri kelak.

BACA>>Proton Saga Iswara (1994) ditemui dalam bangsal terbiar di UK

BACA>>[Video] Model konsep Proton Saga Knight sentuhan mantan pereka Proton

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here