Kes jengkaut rempuh Ford Ranger, polis tahan tiga lelaki

1703

Tular rakaman video memamparkan sebuah jengkaut merempuh kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger di kebun kelapa sawit dekat Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Labu Kubong, Perak.

Kejadian itu bermula selepas suspek tidak berpuas hati dengan mangsa kerana mengorek jalan di tepi kebunnya untuk dijadikan parit sebagai laluan air kerana kawasan tersebut telah dinaiki air.



Namun, semasa mangsa dan bapanya tiba di kebun mereka pada pukul 2.30 petang mendapati laluan yang digali pada sebelah pagi ditimbus oleh suspek dan beberapa individu lain.

Walaupun mangsa menjelaskan tujuan laluan berkenaan digali, namun lelaki itu tidak berpuas hati sehingga menyebabkan pertengkaran mulut sebelum dia bertindak menampar leher mangsa.

Malah jengkaut yang digunakan untuk menimbus laluan itu melanggar trak pikap tersebut sehingga kenderaan mengalami kerosakan sebelum pemandunya turun dan mengejar bapa mangsa menggunakan tukul besi.

Susulan kejadian itu, polis menahan tiga lelaki berusia 47 tahun dan dua lelaki berusia 28 tahun bagi  membantu siasatan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323/427/506 Kanun Keseksaan kerana mencederakan, khianat dan ugutan jenayah.

VIDEO

BACA>>[Video] Gara-gara status FB, seorang lelaki pecahkan cermin dan bakar Proton Waja

BACA>>Beratus-ratus aku habis, itu cara dia pemilik bakar Proton Wira sakit hati kereta masih tak OK

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here