Bugatti Veyron parkir senget calar rim Lamborghini Aventador

1673

Sayang memiliki kereta mahal namun tidak pandai parkir. Benarlah orang kata jika mampu membeli kereta super mewah belum tentu ada kemahiran pengendalian yang bagus.

Video yang dikongsi akaun Instagram @heinrichs_carlife ini menunjukkan sebuah Bugatti Veyron biru yang memasuki parkir secara menyenget dan bergesel dengan Lamborghini Aventador diparkir sebelah kiri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @heinrichs_carlife



Melihat video berkenaan, entah apa yang difikirkan pemandu tersebut. Seharusnya dia sudah boleh mengagak bahagian belakang akan bergesel dengan kereta sebelah kerana fender sisi Veyron yang lebar dan cara memasuki parkir yang salah.

Walaupun beberapa individu dilihat cuba memberitahu beliau supaya menghentikan kenderaan, pemandu Veyron yakin mengundurkan kenderaannya. Adakah cermin sisinya tidak cukup lebar melihat hujung belakang kereta. 

BACA>>Satu lot parkir di Hong Kong dijual pada RM5.3 juta!

Sedangkan ruang di sebelah kanannya cukup luas dan mengapa dia tersilap perkiraan. Kesilapannya menyebabkan calar pada rim Aventador.

Manakala bampar sisi Bugatti itu pula hanya calar sedikit. Walaupun calar minor namun siapa yang tidak sakit hati melihat defek berkenaan tambahan kos baik pulih bukan murah.

Jika kita mungkin boleh tutup mata melihat calar yang sedikit, hanya letakkan polish dan gosok bagi mengurangkan kesan calar. Namun, ini kereta kayangan sakit hati dan sakit mata melihat calar tersebut tambahan buat pemilik Aventador itu.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here