Anda tidak pernah melihat RV seperti ini, gabungan sebuah trak dan Arctic Fox

1337

Marketplace merupakan platform yang anda boleh menemukan pelbagai barangan untuk dijual secara atas talian di Facebook, dengan hanya menaip produk yang dicari akan keluar senarai yang ditawarkan penjual.

Namun, apa yang menarik perhatian di platform tersebut apabila anda menemui kenderaan pelik dan aneh untuk dijual iaitu kenderaan rekreasi (RV). Bagaimanapun RV tersebut bukanlah kenderaan biasa pada umumnya. 



BACA>>Keluarga ini beli Motorhome dari UK bercuti keliling Terengganu

RV tersebut agak unik setelah diubah suai menggabungkan Trak International 9200 (1996) dan Arctic Fox (2004). Bahkan lebih menarik di tengahnya menjadi ruangan parkir khas Suzuki Samurai (1998). 

Kabin RV tersebut dilengkapi dengan ruang tempat duduk atau sofa yang boleh diubah menjadi katil, almari baju, laci tempat simpan barang, meja makan, sinki air, dapur mini, dan peti sejuk besar serta sistem audio.

BACA>>Honda N-Van Compo buat kaki khemah dan piknik !

RV berkenaan menggunakan generator sendiri yang beroperasi menggunakan gas propana dan sudah mencapai perbatuan sejauh 1 juta jarak. Bagaimanapun isu mekanikal lain tidak disebutkan oleh penjual. 

Harga sebut RV berkenaan adalah AS26,995 (RM112,023) yang mana tidak termasuk  Suzuki Samurai (1998).

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here