Hummer H2 terbakar di Tol Seafield, pemandu dan penumpang berjaya selamatkan diri

653

Dua individu hampir terbakar apabila Hummer H2 yang dinaiki mereka mengeluarkan asap di bahagian bawah sebelum terbakar di Plaza Tol Seafield menghala Subang Jaya, Lebuhraya Utara Selatan. 

Namun, kedua-dua mangsa berjaya keluar daripada kenderaan selamatkan diri sebelum anggota bomba tiba di lokasi kejadian. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.12 petang sebelum anggotanya daripada Balai Bomba dan Penyelamat Subang tiba kira-kira 19 minit kemudian.

BACA>>Tapak pelupusan tayar terbesar dunia terbakar hingga boleh dilihat menerusi satelit

Jom Baca:   Suzuki Malaysia perkenal bukan satu namun enam jentera baharu, harga mula RM37k

Katanya, SUV berkenaan dipandu seorang lelaki berusia 30-an bersama seorang penumpang wanita.

“Kedua-dua mangsa bertindak keluar daripada kenderaan terbabit untuk menyelamatkan diri sebaik menyedari kepulan asap dari bawah kenderaan itu.

“Kebakaran berjaya dipadamkan dengan anggaran kemusnahan kebakaran kira-kira 90 peratus,” katanya. 

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here