Gadis 18 tahun terima hadiah Ford Mustang sempena hari lahir

2156

Sempena hari lahir mendapat ucapan ringkas dan kek sudah cukup bagi segelintir orang. Menerima hadiah lain yang lebih bernilai mahupun mahal adalah satu bonus.

Seperti mana seorang gadis ini yang baru menginjak usia 18 tahun menerima kejutan sebuah Ford Mustang dari orang tuanya. 



Video ringkas yang dikongsi akaun TikTok @aamyrae itu menunjukkan gadis berkenaan keluar dari sebuah MPV lalu terkejut selepas melihat kereta sport berwarna hitam berkenaan. 

BACA>>Sempoi pakai selipar, suami pemalu hadiah Mazda 3 buat isteri sempena ulang tahun

Dia yang seolah tidak percaya dengan kejutan itu menangis dan mengucapkan terima kasih kepada ibunya.

Perkongsian video tersebut meraih lebih 292,400 tontonan dan 28,500 tanda suka dan netizen menganggap dirinya cukup bertuah.  

BACA>>Bapa beri hadiah BMW 330i M Sport sempena ulang tahun ke-2 anak

@aamyrae._

Ya allah tak sangka Birthday tahun ni yang ke 18 dapat mustang hadiah dari mama papa 🥺❤️ Syukur ya Allah ..#fyp

♬ original sound – Amyrahhh – Amyrahhh

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here