Umum ibu sendiri sebagai pemenang, Instafamous dikecam pengikut

2195

Seorang Instafamous Mexico, Lore Garza dikecam netizen kerana mengumumkan ibunya sebagai pemenang peraduan yang dianjurkan. 

BACA>>Lepas tular bayar RM12k kereta tak siap, tiba-tiba mekanik Whatsapp suruh ambil kereta Sabtu



Lore Garza yang memiliki lebih daripada 140,000 pengikut itu menganjurkan peraduan loteri dengan menawarkan hadiah sebuah SUV Kia sebagai menghargai pengikutnya. 

Peraduan tersebut terbuka kepada orang awam yang mana mereka perlu membeli satu atau lebih tiket loteri bernilai peso 350 (RM 71.40) untuk layak memenangi hadiah utama.

Bagaimanapun, peserta mula berang apabila Garza mengumumkan ibunya sebagai pemenang selepas nombor ibunya sendiri naik pada acara cabutan loteri berkenaan. 

“Ia adalah sesuatu yang berada di luar kawalan. Saya tidak tahu siapa yang akan menang peraduan ini sebelum cabutan dibuat.

BACA>>Susulan kematian Vanessa Angel, tular video TikTok sebut jalan tol Indonesia tidak selamat sebab

Cabutan bertuah itu dianjurkan sempena Loteri Kebangsaan Mexico dan Garza menegaskan bahawa pemilihan nombor dilakukan secara telus.

Namun terdapat sebilangan pengikut tidak lagi mempercayai Instafamous berkenaan, terutamanya apabila dia gagal memenuhi janji untuk memberikan hadiah bernilai peso 50,000 (RM10,219) kepada lima pemenang bertuah.

Bagaimanapun, dia mempertimbangkan untuk membeli kereta baharu buat ibunya dan menganjurkan peraduan itu sekali lagi, namun tidak akan menyerahkan SUV Kia tersebut kepada orang lain kerana tidak adil untuk memberinya kepada bukan pemenang. 

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by Lore Garza (@loregarzac)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here