BMW guna najis lembu cas EV, jadikan udara lebih bersih

1429

BMW memperluaskan kerjasamanya dan terbaru dengan ladang tenusu bagi projek tenaga boleh diperbaharui.  

Pengeluar kenderaan Jerman itu menjalin kerjasama dengan California Bioenergy (CalBio) bagi menjana kuasa elektrik untuk kegunaan kenderaan elektrik (EV).



Jenama itu akan bekerjasama dengan Bar 20 Dairy dalam teknologi iklim tenusu pintar generasi akan datang yang akan mengubah metana kepada baja kemudian akan mengubahnya kepada elektrik.

BACA>>Kapal kontena terbesar dunia Ever Ace singgah PTP, lokasi pertama Asia Tenggara

Teknologi itu juga mengurangkan emisi metana yang merupakan satu lagi sumber utama gas rumah hijau. Apabila digabungkan janaan tenaga tersebut, ia menghasilkan pelepasan emisi lebih rendah bersamaan janaan 17,000 EV setahun.

Bar 20 Dairy sangat unik kerana berupaya menghasilkan elektrik boleh diperbaharui di tapak. Sistem berkenaan mampu menjana elektrik dua kali ganda berbanding generator konvensional dengan kuantiti jumlah biogas yang sama.

Oleh kerana ia tidak hanya memerangkap tenaga yang akan dibazirkan tetapi juga berbahaya kepada alam sekitar. Ini boleh dianggap sebagai salah satu sumber tenaga paling bersih. 

Selain itu, projek berkenaan akan menjadi sumber pendapatan kepada peladang dan membolehkan BMW menjana kredit alam sekitar. 

“Kami berharap untuk mengembangkan konsep ini pada masa depan dengan membawakan lebih banyak pelaburan biodigester ke ladang di seluruh Amerika dan terus menyediakan tenaga bersih kepada pemandu EV,” kata Pengurus perkhidmatan tenaga, eMobility, BMW Amerika Utara, Adam Langton.

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here