[Video] Tekan habis! pemilik uji ‘top speed’ Bugatti Chiron

1275

Berapa ramai pemilik supercar mahupun hypercar pernah menguji kelajuan maksimum jentera mereka. Mungkin tidak ramai, hanya jiwa kental saja berani menekan pedal minyak hingga habis.

Salah seorang adalah pemilik Bugatti Chiron ini yang menguji hypercar miliknya di pusat latihan yang terletak di pulau Merritt, Florida, Amerika Syarikat.



BACA>>Kos selenggara Bugatti Chiron Pur Sport boleh beli sebuah supercar baharu

Trek berkenaan merupakan laluan lurus sejauh 3.7km yang menjadi lokasi mendarat program angkasa lepas. 

Ujian itu dijalankan ketika hari Ujian Aerodinamik Garis Lurus awam yang membenarkan 30 pemilik ‘melenjan’ kereta mereka. 

Seperti yang ditunjukkan pada video, enjin 8.0 liter quad turbo (1,480hp) itu tiada masalah untuk mencapai kelajuan maksimum 420kmj. Bahkan sebenarnya Chiron itu mampu pergi lebih jauh namun atas sebab keselamatan pemandu hanya menguji mengikut kemampuan. 

Sebelum ini, pengeluar hypercar itu pernah menyatakan keperluan untuk zon brek yang mencukupi dan pemilihan tayar adalah penting untuk menguji kelajuan maksimum jentera keluaran mereka.  

Ketua Pegawai Eksekutif Bugatti, Stefan Winkelmann pada September lalu berkata dia membayangkan Chiron boleh mencapai kelajuan tertinggi 450kmj, cukup untuk merampas semula rekod kereta pengeluaran terpantas dari Koenigsegg Agera RS yang mencapai kelajuan 447kmj pada 2017.

Bagaimanapun, Winkelmann tidak merancang untuk melakukan percubaan rekod pada Chiron kerana baginya prestasi sesebuah jentera lebih daripada sekadar kelajuan tertinggi.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here