Hyundai dedah EV retro sempena ulang tahun ke-35

1427

Kini pengeluar automotif giat mengeluarkan kereta elektrik (EV). Walaupun Hyundai sudah memiliki Ioniq sebagai model EV namun sempena ulang tahun ke-35, syarikat itu tampil dengan sebuah produk EV lebih retro. 

BACA>>Susulan kematian Vanessa Angel, tular video TikTok sebut jalan tol Indonesia tidak selamat sebab



Idea Hyundai yang menggabungkan teknologi baharu dengan rekaan retro cukup menarik perhatian. Dinamakan sebagai Grandeur Heritage Series, reka bentuknya mirip model perdana Hyundai Grandeur yang dikeluarkan pada 1985.

Hyundai memberi kemasan model pada sedan tersebut yang boleh dilihat pada gril, roda, lampu depan dan lampu belakang menggunakan pixelated, yang sama dengan lampu yang digunakan pada Ioniq 5.

BACA>>Himpunan Honda Type R, ini bukan luar negara tapi di Malaysia!

Kemasan kabin berubah namun sentuhan lama masih dikekalkan termasuk stereng jejari tunggal, tombol mekanikal dan kain baldu merah yang mana pada zaman itu menggunakan kulit Alcantara dan Nappa.  

Grandeur Heritage Series menggunakan trenkuasa elektrik penuh yang digabungkan dengan konsep Hyundai Pony EV. Selain itu, bahagian papan pemuka  didatangkan dengan kluster instrumen digital dengan sistem infotainmen yang besar.

Sementara skrin di bawahnya memaparkan fungsi piano digital. Ketepikan dahulu teknologi, terdapat banyak sentuhan menarik pada kabin termasuklah sentuhan elemen perabot pada perehat tangan depan.

Bahkan ruangan simpanan rahsia di konsol tengah membolehkan pemilik menyimpan barangan berharga misalnya jam mahal. Turut tersedia kemasan kulit premium dan kayu bersama pencahayaan unik bagi ruangan penumpang belakang. 

Konsep tersebut disiapkan dalam tempoh lapan bulan dan Hyundai menyatakan sistem pacuan elektrik merangkumi bateri dan motor berbanding enjin pembakaran dalaman.

Bagaimanapun, model EV dengan gabungan klasik dan moden ini hanya hadir dalam bentuk konsep untuk meraikan ulang tahun ke-35 Hyundai.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here