#TahukahAnda: Bukaan pintu cara Dutch Reach boleh selamatkan nyawa dan elak perlanggaran

1381

Dutch Reach adalah satu kaedah yang diperkenalkan di Belanda pada tahun 1970-an bagi pemandu dan juga penumpang kenderaan, untuk keselamatan pengguna jalan raya dan memastikan keselamatan khususnya penunggang basikal.

Senario yang sering berlaku apabila penunggang basikal sering terperangkap di antara kereta dan lalu lintas. Oleh itu, apabila pintu dibuka, mereka terdedah kepada berlakunya perlanggaran.



Kaedah tersebut menggunakan teknik tangan berlawanan untuk membuka pintu tidak kira berada di kedudukan pemandu atau penumpang.

Kaedah ini merangkumi 5 langkah utama iaitu capai, pusingkan badan, tengok ke arah belakang, buka pintu dengan perlahan dan keluar dengan mata menghadap ke arah luar.

BACA>>#Tips: Jangan panik!, ikuti langkah ini apabila kereta terjunam ke dalam sungai

Sebagai contoh, pemandu akan gunakan tangan kiri untuk membuka pintu dan penumpang sebelah kiri akan membuka pintu dengan tangan kanan.

Tindakan mudah ini akan membuatkan kita memusingkan seluruh bahagian atas badan dan melihat melalui cermin pandang belakang supaya kita dapat melihat bahagian belakang kereta dan jalan di belakangnya.

Bagi yang pernah mengalami kemalangan di tempat parkir, ia adalah teknik yang berkesan untuk di amalkan untuk keselamatan, mencegah kemalangan dan juga mengelak berlakunya kecederaan pada pengguna jalan raya lain.

BACA>>Ini 6 cara selamat untuk jump-start kereta

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here