Padah ‘double park’ tak turunkan brek tangan, Vios ini jadi tempat buangan sampah…

3905

Ingin mudah, cepat dan malas mencari parkir kosong membuatkan sebilangan pengguna memilih double park kenderaan mereka. 

BACA>>Umum ibu sendiri sebagai pemenang, Instafamous dikecam pengikut



Isu double park ini sebenarnya menyusahkan pengguna lain di samping menghalang lalu lintas. 

Jadi tidak hairan apabila cermin depan dan bumbung sebuah Toyota Vios ini dipenuhi longgokan sampah sarap. Video berdurasi 15 saat itu dikatakan dilakukan oleh salah seorang penduduk setempat yang marah apabila pemilik kenderaan terbabit memarkir keretanya sesuka hati.

Perbuatan tersebut dianggap tidak bertimbang rasa melainkan berlaku kecemasan. Malah kenderaan itu juga ditinggalkan dengan keadaan brek tangan yang tidak dilepaskan menyebabkan kereta tidak boleh ditolak. 

BACA>>BMW guna najis lembu cas EV, jadikan udara lebih bersih

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang menganggap itu satu pengajaran, malah ada juga yang tidak bersetuju dengan tindakan meletakkan sampah di atas kenderaan tersebut.

“Ini semua pengajaran. Mesti dia akan ingat sepanjang hidup dia. Mungkin dia insaf untuk parkir berlapis lagi dan tarik brek tangan.”

“Tengok macam puas hati, tapi bila fikir semula sampah itu nanti buang di mana? Siapa yang akan kutip?.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here