Tangan ‘nakal’ jejantas Malau akhirnya tertangkap ketika baling batu…

3076

Baru-baru ini tular di media sosial apabila beberapa buah kenderaan menjadi mangsa perbuatan khianat individu tidak bertanggungjawab membaling batu dari jejantas Bandar Darulaman, KM.31 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS). 

Bertindak atas laporan yang diterima pihak polis menubuhkan pasukan khas menyiasat insiden tersebut. 



Ketika operasi dijalankan jam 1.45 petang, polis mendapati seorang penunggang motosikal Honda Wave S dalam keadaan mencurigakan berhenti di atas jejantas lebuh raya dari jalan Wang Tepus menghala ke Bandar Darulaman Jitra.

BACA>>[Video] Tangan nakal baling batu dari jejantas lebuhraya Malau, ramai terkena

Ketika tangkapan pihak polis mendapati dua ketul batu dalam raga motosikal suspek dan dia mengakui terlibat dalam kejadian membaling batu dari atas jejantas berkenaan. 

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Rozdi Abu Hassan berkata suspek memiliki tujuh rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

“Hasil ujian air kencing suspek positif dadah jenis methamphetamine. Tangkapan dan rampasan barang telah dilakukan dan suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman,” jelasnya.

Kes akan disiasat di bawah seksyen 427 kanun keseksaan kerana melakukan khianat. 

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here