Yamaha MT-09 (2021) sudah ada di pusat jualan, harga RM54k

1646

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) rasmi memperkenalkan Yamaha MT-09 ke pasaran tempatan pada harga cadangan RM 54,998.

Dikuasakan enjin 889cc penyejukan cecair 3-silinder yang lebih ringan dan berkuasa, kini MT-09 generasi ketiga menjana kuasa 117hp @ 10,00rpm dan tork 93Nm @ 7,000rpm. Penghantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan bersama  Klac Assist dan Slipper.

Enjin lebih besar itu menawarkan gabungan kecekapan pembakaran dalaman lebih baik bersama janaan tork tinggi dengan rpm rendah yang memberikan penjimatan minyak impresif berbanding sebelumnya.



BACA>>[Video] Beli Yamaha Aerox demi kekasih, sayangnya dia pilih pacar Honda Beat

Selain itu, casis MT-09 juga digabungkan dengan teknologi pengurangan berat badan yang menjadikan naked bike itu lebih ringan iaitu 189kg serta menawarkan kestabilan tunggangan di jalan lurus, prestasi pengendalian dan imbangan longitud, sisi dan kilasan.

Antara ciri peralatan terkini yang ditawarkan pada MT-09 adalah lampu depan LED fungsi-B,  lampu belakang LED dengan simbol Y dan paparan TFT 3.5-inci warna penuh.

Ciri keselamatan pula didatangkan dengan Unit Ukuran Inersia 6-axis (IMU), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Sistem Kawalan Slide (SCS), Sistem Kawalan Lift tayar depan (LIF), dan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) Selekoh. 

BACA>>Baru dua tahun, budak ini sudah pandai tunggang Yamaha PW50!

Keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork teleskopik (depan) dan swingarm (belakang) yang kemudian digabungkan dengan dua brek cakera hidraulik 298mm (depan) dan brek cakera hidraulik tunggal 245mm (belakang). 

Yamaha MT-09 akan berada di pusat jualan bermula hari ini dengan dua pilihan warna iaitu  Icon Blue dan Storm Fluo. Bagi 300 pelanggan terawal akan diberikan dompet kunci Royal Selangor manakala setiap pemilik baharu MT-09 akan menerima kunci mangga brek cakera. 

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here