#Spyshot: Perodua Myvi Facelift dikesan atas lori, mula dihantar ke pusat jualan?

2042

Sebelum ini, kami melaporkan pihak Perodua membuka tempahan model Myvi Facelift yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Terkini, rakan media automotif Funtasticko menerima imej intip hatchback popular tempatan itu yang dikesan di Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE).



Lebih pelik model tersebut tidak ditutupi dengan kanvas kerana mengenali Perodua mereka begitu menyimpan rapi maklumat mahupun gambar model baharu agar tidak bocor di alam maya.

Kelibat Myvi facelift di atas treler berkenaan dirakamkan rakan Funtasticko dan boleh dilihat warna badan yang bakal ditawarkan ke pasaran tempatan antaranya merah, biru, perak dan kelabu. 

Bagaimanapun, bahagian rim masih lagi menggunakan rekaan lama tanpa sebarang pembaharuan.

METER BAHARU

Di samping itu, pihak Perodua turut memuatnaik poster meter Myvi Facelift pada laman sosial Facebook mereka.

Imej ringkas tersebut menunjukkan Myvi versi naik taraf itu bakal didatangkan dengan kombinasi meter analog berwarna merah agar tampil lebih sporty. Rekaan panel instrumen tersebut didatangkan dengan paparan LCD mutilwarna di tengahnya.

Pada meter tengah itu memaparkan imej siluet pencahayaan lampu depan dan gril Myvi. Seperti mana model mewah, imej tersebut akan muncul ketika enjin dihidupkan. 

Sebagai perbandingan Myvi sedia ada didatangkan dengan meter aksen biru dengan paparan skrin digital biru di tengahnya. Pembaharuan pada meter Myvi Facelift menawarkan penampilan moden dan rekaan stereng pula kelihatan sama dengan Perodua Ativa.

Selain itu, stereng tersebut juga dilengkapi dengan punat keselamatan seperti Bantuan Kekal Lorong dan Kawalan Kruise Adaptif. 

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here