Ford Mustang GT khas ini digunakan rakam aksi lumba filem Need For Speed

425

Jika anda pernah menonton filem Need For Speed, ini mungkin kereta yang anda tidak pernah lihat di layar pawagam.  

Ford Mustang ini sebenarnya berada di depan atau mengekori dari belakang kereta-kereta lumba yang digunakan dalam filem tahun 2014 itu.

Ford Mustang ini sebenarnya kereta yang dipasang kamera untuk merakam aksi-aksi perlumbaan berkelajuan tinggi.

Ford Mustang GT ini ditala khas untuk kegunaan rakaman filem sehingga ia boleh mengejar atau berada di depan supercar berkuasa 987hp.

Kereta itu ternyata melalui kerja-kerja modifikasi dengan pemasangan pengecas lampau Saleen yang mengekstrak kuasa 625hp.

Jom Baca:   Ekzos Ford Mustang GT terlalu bising, jiran sumbat span

Sistem brek juga ditingkatkan hingga berukuran 14 inci, juga daripada Saleen. Ia menggunakan kotak gear enam kelajuan manual.

Selain modifikasi untuk janaan kuasa tambahan, kereta ini juga dipasang roll cage kustom, tapak pemegang kamera hadapan dan belakang serta tempat duduk Corbeau.

Beg udara depan dikeluarkan untuk memasang peralatan elektronik tambahan untuk rakaman filem. Tiada kamera filem disertakan bersama kereta ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here