GIIAS: Tayangan perdana Honda SUV RS Concept, pesaing baharu Perodua Ativa

1744

Honda rasmi memperkenalkan model SUV RS Concept pada acara Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2021.

SUV kompak lima tempat duduk tersebut direka di Thailand sebelum dipertontonkan buat pertama kalinya di Indonesia. Sebelum ini versi RS ditawarkan pada Civic, City dan ini pertama kali RS ditawarkan pada model SUV. 



SUV RS Concept hadir dengan reka bentuk kompak dan sporty yang mana lebih kecil berbanding HR-V dan kehadirannya nanti akan bersaing dengan Toyota Raize, Daihatsu Rocky dan Perodua Ativa. 

Bahagian depan agak garang dan bercirikan futuristik dengan lampu utama nipis yang kemudian dipadankan dengan lampu nyala siang (DRL). Rekaan gril bentuk kiub dipadankan dengan lencana RS warna merah. 

Lampu belakang LED yang ditarik sepanjang pintu but menyerlahkan penampilan SUV tersebut. Bahagian sisi dipadankan dengan grafik garis merah di bahagian bawah pintu bersama garis badan yang ditarik dari lampu depan hingga ke lampu belakang bersama bingkai cermin hitam. 

Buat masa ini, maklumat terperinci masih belum didedahkan dan dijangka akan diumumkan dalam masa beberapa minggu lagi. Honda Indonesia juga mengesahkan bahawa model ini bakal ditawarkan di pasaran Asia Tenggara, termasuk Malaysia. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here