Ahli perniagaan Jepun borong 5 Fenyr SuperSport Launch Editions, total RM29.3 juta

1199

Laman sosial menerusi Facebook W Motors sebelum ini membuat pengumuman bahawa mereka menjual lima unit terakhir Fenyr SuperSport Launch Editions.

Dalam paparan itu juga, W Motors memaklumkan individu yang membeli kelima-lima model berkenaan adalah seorang ahli perniagaan dari Jepun Semua jentera itu bakal dijadikan koleksi sempena acara Mega Supercar Motor Show pada 2021.



Bagaimanapun, berdasarkan laporan laman sesawang Motor1.com, individu yang membeli lima unit Fenyr SuperSport Launch Editions adalah ahli perniagaan Jepun, Tetsumi Shinchi.

Setiap kenderaan itu bernilai AS1.5 juta (RM6.3 juta) dan pakej bagi lima unit berharga lebih AS7 juta (RM29.3 juta).

Fenyr SuperSport Launch Editions dibina sebuah syarikat automotif daripada Arab yang menghasilkan supercar.

Fenyr SuperSport Launch Editions adalah sebuah jentera yang cukup pantas dengan memiliki enjin 3.8 liter pengecas turbo berkembar. Enjin itu ditala oleh Ruf yang mampu menyalurkan 780hp dengan tork 959Nm.

Kuasa daripada enjin itu disalurkan ke transmisi klac berkembar dengan tujuh kelajuan yang mana ia disalurkan ke pacuan belakang.

Supercar itu dibina dengan panel badan gentian karbon, selain menggunakan kabin aluminium dan beratnya hanya 1.349kg.

Keupayaannya, ia mampu memecut 0-96kmj dalam 2.8 saat dan boleh mencecah kelajuan 400kmj. Angka itu berdasarkan spesifikasi syarikat berkenaan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here