Mencurigakan..seorang lelaki ‘kantoi’ bawa wang tunai RM12 juta dalam beg pakaian

4466

Seorang lelaki didakwa melakukan pengubahan wang haram selepas pihak polis menemui wang tunai lebih Australia Dollar 4 juta (RM12 juta) di dalam bonet sebuah kereta di Calamvale, Queensland, Australia.

Ketika membuat rondaan kira-kira jam 5 pagi, polis Queensland menyedari seorang lelaki yang dalam keadaan mencurigakan berdiri bersebelahan sebuah kereta di Jalan Ormskirk.



Sebaik menyedari kehadiran polis, lelaki tersebut menyimpan beg pakaian ke dalam but dan ketika polis menghampirinya dia kelihatan gugup dan cuba mengelak.

Menerusi satu rakaman video yang dikongsi Polis Queensland di Twitter, menunjukkan seorang pegawai polis memeriksa beg tersebut dan mendapati sejumlah besar wang kertas di dalamnya.

Menurut polis, wang yang ditemui tersebut bernilai melebihi Australia Dollar 4 juta (RM12 juta). Suspek yang berasal dari New South Wales tersebut ditangkap dan didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram dan kegagalan untuk mematuhi Arahan Kesihatan Awam pandemik. 

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here