Kedai potong Suzuka Auto Parts terbakar, anggota bomba masih usaha padamkan api sepenuhnya

3356

Petang tadi tular video menunjukkan kepulan asap tebal yang boleh dilihat dari KL Eco City. Kejadian yang berlaku sekitar Segambut itu dikatakan melibatkan kebakaran sebuah bengkel kereta potong Suzuka Auto Parts.

Kebakaran yang berlaku berhampiran Lebuh raya Duke itu menyebabkan pengguna jalan raya menghentikan kenderaan mereka di bahu jalan untuk menonton kejadian tersebut.



Menurut siaran langsung Buletin Utama tadi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 5.50 petang dan jentera pertama tiba lapan minit kemudian.

Komander Operasi Kanan JBPM Kuala Lumpur, Muhammad Ridhwan Kamarulzaman berkata tindakan pantas daripada bomba berjaya mengelakkan kebakaran besar berlaku. 

“Kami menggunakan teknik offensive dan defensive bagi mengelak api merebak lebih besar berlaku dan percepatkan pemadaman.

“Kalau ikutkan situasi sekarang ini api akan berjaya dipadamkan sepenuhnya lagi sejam. Walaupun proses kebakaran berjaya dipadamkan kami akan lakukan secondary check dan penilaian tidak ada unsur merebak berlaku dan selesai sepenuhnya,” jelasnya.

Menerusi temu bual tersebut, pihak JBPM turut berkata mereka mengalami gangguan tekanan air rendah bagaimanapun pihak bomba berjaya mengawal api daripada merebak dan sebentar lagi kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya. 

Selain itu, menurut wartawan TV3 (sehingga berita dilaporkan) bangunan tingkat dua masih terjejas dan kebakaran belum dapat dipadamkan sepenuhnya. 

Wartawan tersebut menjelaskan masih ada deretan kenderaan orang awam menonton kebakaran di bahu jalan. Menerusi video yang dikongsi petang tadi boleh dilihat api yang sangat marak dan bunyi letupan didengari daripada dalam bengkel tersebut. 

KOMPILASI VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here