Terlelap ketika memandu, seorang lelaki didenda RM300

935

Terdahulu, tular di media sosial membabitkan sebuah kereta yang terbabas masuk ke laluan bertentangan sehingga menyebabkan kemalangan di Kilometer 27, Jalan Seremban-Kuala Pilah.

Kejadian tersebut berlaku disebabkan pemandu mengalami mikrosleep atau terlelap seketika sehingga mengakibatkan kemalangan.



Bagaimanapun pemandu tersebut dikenakan tindakan denda RM300 di bawah Peraturan 10 Kaedah Lalulintas 1666/59.

“Hasil daripada siasatan, pemandu kereta berwarna putih tersebut iaitu seorang lelaki berusia 38 tahun yang dalam perjalanan dari Seremban ke Pahang telah mengalami ‘mikrosleep’.

“Dalam kesalahan berkenaan pemandu kereta tidak boleh tidur yang bermaksud pemandu kenderaan yang berjalan di jalan raya tidak boleh tidur atau lalai daripada mengawal kenderaan yang sedang bergerak itu,” kata Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani.

Pada masa yang sama, pihak polis memohon kepada semua untuk tidak membuat spekulasi serta provokasi berhubung kes berkenaan bagi memastikan kes tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here