Bugatti Chiron kena titik dengan F1 Red Bull Racing RB7 di lumba drag

5486

Kalau lihat pada spesifikasi kuasa maksimum, sudah pasti Bugatti Chiron ini dengan mudah untuk menewaskan jentera Formula 1 Red Bull Racing RB7 dalam perlumbaan drag.

Mana tidaknya, Bugatti Chiron ini yang menggunakan enjin 8.0 liter W16 quad-turbo yang mampu menghamburkan 1,500hp berbanding 750hp pada Red Bull Racing RB7 dengan dijana rangkaian kuasa 2.4 liter V8.



Biarpun kekuatan itu dua kali ganda, jangkaan Bugatti Chiron boleh memenangi pertandingan boleh dikatakan agak besar. Namun, harus difahamkan bahawa Bugatti Chiron mempunyai beban yang sangat berat dengan hampir 2 tan.

Bagi Red Bull RB7 pula, ia memiliki berat sekitar 650 kilogram termasuk pemandu iaitu lebih tiga kali lebih ringan daripada Bugatti Chiron.

Dari segi harga, jentera Formula 1 Red Bull Racing RB7 tersangat mahal yang dianggarkan sekitar 62.5 juta Pound (RM360.4 juta). Jika mahu dibandingkan dengan Chiron, ia boleh dikatakan jentera hypercar yang mampu ‘milik’ yang dijual kira-kira 2.4 Pound (RM13.82 juta).

Namun semua angka bagi spesifikasi itu tidak penting, ini kerana perlumbaan drag itu dimenangi oleh jentera Formula 1 Red Bull Racing RB7. Boleh dikatakan, Bugatti Chiron tiada langsung untuk memenanginya. Sebelum terlupa, jentera Formula 1 itu dipandu oleh bekas pelumba F1 sendiri, David Coulthard.

Saksikan video saluran Youtube Carwow ini untuk melihat Bugatti Chiron ditewaskan  jentera Formula 1 Red Bull Racing RB7.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here