Menteri Pengangkutan: Sistem kaunter JPJ terlalu kuno, susahkan rakyat!

3037

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyatakan sistem perkhidmatan kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedia ada yang sudah berusia lebih 10 tahun terlalu kuno dan perlu berubah ke arah digitalisasi.

Perubahan berkenaan bagi memastikan perkhidmatan yang lebih efisien dan tidak menyusahkan rakyat. Wee Ka Siong membuat kenyataan sedemikian selepas melakukan lawatan mengejut di JPJ Johor.



Perkongsian di laman Facebook beliau menjelaskan lawatan itu dilakukan selepas menerima laporan daripada pegawai dan orang awam. 

“Secara terus terang, saya sedih dan terkilan apabila melihat orang ramai masih beratur panjang di sekeliling Bangunan JPJ Johor. Saya terus menyiasat punca queue panjang.
 
“Ada yang memberitahu saya bahawa LMM tidak dapat diperbaharui di UTC dan Pejabat Pos. Ada juga yang mempersoalkan sistem MySikap yang transaksinya dibuat secara dalam talian, namun masih lagi perlu hadir ke JPJ untuk urusan percetakan,” jelasnya beliau.
 
Bahkan, Wee Ka Siong mendapati daripada empat mesin, hanya dua mesin cetak Lesen Memandu Malaysia (LMM) berfungsi di Pejabat JPJ Johor itu. Keadaan itu mengecewakan dan beliau menghubungi dan mengarahkan Percetakan Keselamatan Nasional (PKN) segera membaiki atau menghantar mesin cetak LMM.
 
“Jangan buang masa orang ramai beratur panjang dan berjemur di bawah matahari yang terik. Pihak PKN  berjanji akan melakukan tindakan serta-merta.
 
“Saya juga tegur warga JPJ Johor agar memantau rapi kesesakan di Bangunan JPJ khususnya pada hari Ahad dan segala kesulitan yang dihadapi bolehlah dilaporkan terus kepada saya,” katanya. 
 

 
Menteri Pengangkutan itu juga mengarahkan Ibu Pejabat JPJ supaya serta-merta mengumpulkan maklumat dari semua cawangan JPJ, UTC dan Pejabat Pos tentang prestasi terkini pencetakan LMM dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) menggunakan mesin cetak yang dibekalkan oleh PKN.
 
“Saya tidak mahu situasi yang sama di JPJ Johor berlaku di tempat lain yang akhirnya membazir masa rakyat. Rakyat tentu marah jika terpaksa lari ke sana ke sini untuk urusan LMM atau LKM yang sepatutnya diselesaikan dengan mudah dan cepat,” ujarnya.
 
Dalam satu hantaran yang lain, Ka Siong menyatakan selepas arahan dan teguran diberi ketika lawatan mengejut tersebut, pihak pembekal perkhidmatan cetakan LMM, PKN sudah mengambil tindakan segera dengan menghantar pasukan teknikal membaik pulih dan menambah mesin cetakan LMM.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here