Selepas disentuh ahli BTS, ramai nak beli kereta BMW wanita ini

1769
Siapa yang tidak kenal BTS, tentunya rata-rata warga dunia tahu akan kewujudan fenomena kumpulan popular K-pop dari Korea Selatan yang menjadi antara ‘boy band’ paling berpengaruh di dunia.
 
Baru baru ini seorang penyampai berita dari Amerika Syarikat, Cher Calvin membuat ramai orang cemburu kerana berpeluang dapat melihat persembahan secara langsung kumpulan tersebut di jalanan Los Angeles.
 

Cher Calvin yang berkongsi video tersebut di instagram miliknya @chercalvin, menyaksikan ahli kumpulan BTS membuat persembahan di hadapannya ketika dia berhenti di lampu isyarat.

Namun, salah seorang ahli BTS iaitu V menghampiri kereta BMW miliknya, dan Cher Calvin kelihatan terkejut apabila keretanya disentuh artis tersebut.

Cher Calvin turut memuat naik video, menunjukkan kesan cap jari V BTS tersebut yang melekat pada bonet depan kereta BMW miliknya.



Oleh kerana itu, tidak dinafikan BTS yang menjadikan kegilaan ramai di seluruh dunia dan orang ramai yang menganggap Cher Calvin bertuah sehinggakan ada di antara mereka yang ingin membeli kereta BMWnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Cher Calvin (@chercalvin)

“Saya sangat cemburu sehingga menjadi gila.

“Saya akan pindahkan wang itu sekarang, jadi tolong jual kereta itu kepada saya,” tulis netizen.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here