Pemandu Myvi dan Bezza terima saman, selepas kunjungan polis ke rumah

1275

Tular beberapa kiriman gambar di Facebook yang memaparkan beberapa buah kenderaan yang bertindak memotong barisan di kawasan lampu isyarat Simpang Empat Jeram di KM 31.8 Jalan Klang-Teluk Intan semasa lampu isyarat berwarna merah.

Hasil penelitian kiriman gambar-gambar tersebut, pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD K/Selangor telah berjaya mengesan nombor pendaftaran dua buah kereta iaitu jenis Perodua Myvi dan Bezza.



Berpandukan maklumat tersebut, pasukan penguatkuasaan BSPTD K/Selangor telah bertindak mengesan kedua-dua penama di alamat kediaman masing-masing dan mereka berjaya dikesan.

Hasil soal siasat, kedua-dua pemandu berusia 31 tahun, telah mengaku memotong Q pada waktu dan di lokasi kejadian dan telah diberikan saman apabila polis mengunjungi rumah mereka.

Tindakan saman dibawah Rule 6(1)A LN166/59 (Memotong Secara Bahaya/Potong Q) telah diisu kepada kedua-dua penama tersebut dan pihak polis telah menasihati mereka supaya memandu dengan bertanggungjawab dan bertimbang rasa kepada pengguna jalan yang lain.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here