Dua marsyal termasuk ‘Datuk’ serah diri untuk beri keterangan video tular di media sosial

1024

Dua lelaki berumur 45 dan 49 tahun dengan seorangnya berpangkat Datuk hadir ke Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Port Dickson, semalam.

Kedua-dua mereka dipercayai individu yang tular di media sosial baru-baru ini selepas berlagak marshal dengan memberi arahan kepada sebuah kenderaan awam supaya memperlahankannya.



Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kedua lelaki berumur 45 dan 49 tahun itu masing-masing hadir pada 12.45 tengah hari dan 2.30 petang untuk memberi keterangan berkaitan video tular di media sosial.

Menurutnya, polis turut menahan dua motosikal berkuasa tinggi dan beberapa barangan yang digunakan kedua-dua marsyal berkenaan seperti yang dirakam.

“Kedua-dua lelaki termasuk seorang daripadanya bergelar Datuk hadir ke Balai Trafik sejurus mengetahui aksi mereka dirakam dan tular di media sosial.

“Polis menahan kedua-dua lelaki yang juga ahli perniagaan dan ejen insurans itu,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut secara menyeluruh terhadap mereka jika wujud lain-lain kesalahan.

Sebelum ini, satu rakaman menunjukkan aksi marsyal memberi arahan kepada sebuah kenderaan awam supaya memperlahankan kereta dan bergerak ke kiri lorong jalan bagi membenarkan sekumpulan motorsikal berkuasa tinggi dalam jumlah lebih kurang 20 motorsikal melalui laluan berkenaan.

Dalam rakaman itu dipercayai konvoi berkenaan bergerak dari arah Kuala Sungai Baru Alor Gajah Melaka melepasi kawasan Jalan Tanjung Agas Pasir Panjang, Port Dickson.

Sumber: Facebook Polis Daerah Port Dickson

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here