50 tahun trak pikap ini tidak basuh, lihat apa yang jadi selepas ‘mandi’…

1663

Menerusi satu perkongsian video di Youtube, RESTORED yang berkongsi mengenai sebuah trak pikap klasik yang ditemui di dalam bangsal terbiar, dikatakan hampir 50 tahun berada di tempat berkenaan.

Kenderaan yang telah dibiarkan selama 50 tahun kebiasaanya, akan mengalami masalah seperti sukar menghidupkan enjin, rangka yang reput dan hampir tiada peluang untuk dipulihkan semula. 



Namun apa yang mengejutkan trak pikap itu masih kelihatan cantik selepas dibersihkan. Keadaan cat yang tidak luntur, malah keadaan enjin yang dapat dihidupkan semula dan kembali berada di atas jalan raya dalam keadaan baik.

Sebahagian daripada cat asal yang berwarna hijau masih kelihatan pada hud, pintu, dan juga pada lantai, manakala logo pada pintu masih terpapar jelas yang menceritakan kisah silamnya yang sudah dilupakan.

Trak itu adalah sebahagian daripada barisan tugas trak ringan International Harvester’s K atau trak pikap KB International yang dibuat sekitar tahun (1947-1949), namun usia tua tidak menghalang kemampuannya untuk kembali berada di atas jalan raya selepas perang.

Siri K mula diperkenal pada tahun (1940 ) sebelum berkembang menjadi KB International, dengan hanya perubahan kecil pada model KB Antarabangsa (1947-1949) dengan rekaan gril berbentuk seperti sebuah tong.

Untuk melihat lebih lanjut, boleh tonton video yang disediakan:

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here